bantuan kemanusiaan

Tuesday, November 10, 2015

Pain vs Medicine


Pain vs Medicine

Saturday, November 7, 2015

Cabaran Manusia

25 Februari 2013 - 07 November 2015. Satu tempoh yang agak lama. Terlalu lama jika ia dikira dihintung. Selama tempoh itu, terdetik dihati kecil, "ahhh, nak delete la blog ni"

Selama tempoh itu, pelbagai dugaan cabaran kegembiraan kesedihan jatuh bangun seorang manusia. Seorang manusia yang ketika itu masih di tahun akhir pengajiannya di UITM Puncak Perdana sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sains Perpustakaan dan Maklumat, kemudian manusia itu melalui cabaran sebagai pelajar latihan industri. Selama dua bulan manusia itu melalui getir hidup untuk menimba pelbagai ilmu pekerjaan. Pada tahun yang sama, manusia itu mendaki pentas untuk menerima scroll sebagai Graduan. Berjayanya memegang scroll bukan bermakna ia berjaya untuk memegang panggilan sebagai pekerja. Usaha demi usaha, tetapi masih menjadi penganggur. Dimana silapnya tiada jawapan yang apat di ungkaikan. Pasrah.

Tahun baru muncul, dua bulan pertama masih menunggu panggilan temuduga. Beberapa temuduga dihadiri, baik di luar atau di dalam negeri. Tiada jawapan selepas sesi temuduga. Pasrah lagi. 

Rezeki ada dimana mana, panggilan untuk menjadi guru tadika diterima secara positif. Mencari pengalaman itu yang sering disetkan di dalam fikiran dan jiwa. Tempoh 7 bulan diambil untuk mencari pengalaman di dalam bidang pendidikan awal kanak kanak. 

Panggilan dari Institut Penyelidikan Perubatan sebagai Pegawai Sambilan Harian (PSH) Pustakawan S41 diterima walaupan hanya untuk dua bulan. Mungkin percaya akan rezeki, selepas dua bulan, kontrak bersambung lagi selama enam bulan. Syukur. Percaya itu adalah rezeki. 

Sebelum berakhirnya enam bulan, detiknya tiba jua. Panggilan temuduga untuk jawatan Pustakawan dan mungkin ia sudah tersurat rezeki manusia itu sebagai pustakawan di Portman College. Syukur

Monday, February 25, 2013

honeymoon lagiii

assalamualaikum.
kemain lama lagi saya tak update blog ya?? saya?? ok, chance balik. saya kepada aku. normal bahasakan diri. pada hari rabu 20 februari 2013, aku dengan kawan-kawan dah sepakat nak bermalam atau lebih tepat honeymoon..euwww . untuk kali ke 3 bertempat di PERDANA BEACH RESORT PCB.  back to last entry 1st honeymoon and 2nd honeymoon. tapi kali ni agak tak ramai yang boleh join. ramai yang dah kembali ke universiti masing-masing, ada yang tengah praktikal. tak fun sangat, tapi fun la jugakkk. 

tenang yang amat. kebetulan masa ni tak ramai yang menginap..so, fun fun sikit

our boi..his name? BOI

 sampai-sampai terus ambik gambar

our babies

 our's sweet 23 birthday cake..sodapppppp

acara potong cake di tepi pantai yang indah uolsss

before back to chalet..tempat wajib ambik gambar (p/s: thanks kepada kawan exuniversiti)

cantik jubah ni?? **promote

 jubah ni by intai-intai muslimah..jubah jeans. rm100 tanpa perlu oter sebab ukuran jubah ini mengikut ukuran yang diberi oleh anda sendiri. jika berminat, inbox saya.

jubah jeans rm100


 before pergi dinner. sempat lagi posing berpuluh-puluh gambar

 kitorang dinner bersama nuyu. disebabkan dia seorang pelajar praktikal maka tak dapat la dia nak join berhoneymoon. so, dinner, dia terpaksa join. 

maggie ketam



so, lain kali maybe ada lagi..honeymoon ni dapat la kita keluar kan balik cerita zaman kena rotan dengan cikgu.

love

















Thursday, January 3, 2013

new year

assalamualaikum..salam tahun baru



orang kata bila dah tahun baru, semangat tahun baru mesti ada. tak gituew? sempena tahun baru yang dah 2 hari terlepas akibat kelalaian diri ini untuk update blog kuno ni. azam tahun baru? semestinya .....TAKDER, bukan sebab tak percaya pada diri sendiri, tapi lebih kepada keinginan untuk wait and see. gitueww uolss. ataupun azam baru lebih kepada harapan untuk perbaiki diri dari segala kelemahan tambahan pulak, this year tahun last degree. takkan taknak mature lagi, ye dok? nak jugak touch up touch up diri jadi lebih sempurna walaupun tak sesempurna orang lain. yaww, bahasa macam dah nak mature ni.

tahun baru untuk blog memang takder harapan untuk sempurna. nak berjanji untuk update blog tiap-tiap hari memang tak akan berlaku. serious, dengan masalah diri sendiri yang cukup pemalas, ketiadaan idea, kesuntukkan masa. maka azam untuk blog memang takder. nak buang segala kenangan yang tak indah dalam blog ni pom rasa macam, aigooo malas. biarkan orang nak baca, orang nak selongkar. past is past.

satu pinta ku, SILA DATANG DAN BACA BLOG KU INI..\(0_0)/

love untuk semua readers..with love

Saturday, October 6, 2012

attent majlis kahwin lagiiiii

salam hujung minggu. alang-alang tengah memFREE kan diri dari assignment yang berlambak,sebaiknya aku isikan dengan mengupdate blog. kan bagus gitueewww. sekurang-kurangnya aku dapat mengisi masa lapang dari terus terbongkang atas katil sambil menghitung hari untuk balik beraya.

oooohh yaa, last week aku ada attend satu majlis. majlis kahwin. hikhikhik tetiba gelak menggatal. yang kahwin tu my exroomate semasa kami part 1 diploma. alahai, masa tu masih kebabyiann lagi. habis satu semester dia terus cabut lari dari UiTM dan sambung kat SPA. sadis kan? kawan aku pengantin perempuan, suami dia aku tak berapa kenal. takkan nak pergi soal selidik suami dia kan.nati orang cakap aku menggatal dengan laki orang.

tapi kan, paling aku suka kat majlis ni, satu benda. MAKANAN. gila superbbb sedap. yang aku pasti bukan guna katering, tapi masak secara gotong royong..rasa nak tapau wak balik kolej je lauk dia. kenduri kat kampung memang sedap, walaupun takder la kampung sangat area situ. kat area banting.

nak cite banyak-banyak pom, macam takder yang nak baca. sobsobsobsobbbb. macam ni je la, uollss tatap la segala image yang aku sempat upload walhal niat dihati nak suruh orang tatap muka aku yang ala-ala sweet + innocent

 muka kebabyiannn kan?


when i "just married", maybe she "i'm next" 


 
selamat pengantin baru untuk hazirah dan suami..dengki, warna baju dia cantik..lalalalalala
simple but nice nice nice
 
 
 
congrats dari kami!!!